Peace And Blessings Of Allah...                                                                                                                                                                    

 


 

BREAKING NEWS / BEKENDMAKING EERSTE DAG RAMADHAN 17 MEI.

Assalamu alaikum wr.wb.

Geachte broeder en Zusters,

Hierbij willen de Religieuze Raad en het Bestuur u leten weten dat donderdag 17 mei a.s. inshaAllah de eerste dag is van de gezegen de maand Ramadhan.

Op woensdagavond 16 mei a.s.vint om 22.59 uur het inshaa en eerste tarawih gebed plaats. Wil u mee doen met het gebed? Dan verzoeken wij u vriendelijk om op tijd te komen. De gebedskalender volgt.

Wij willlen van deze gelegenheid ook gebruik maken om u alvast uit nodigen voor 4 gezamelike iftars op zaterdag 19 mei,26 mei, 2 juni en 9 juni a.s. Meer informatie volgt.

Wij wensen u alvast veel barakah en geluk in deze gezegende maand Ramadhan Mubarak!

Wassalaam.

-------------------------------------------------------------------------

Assalamu Alaikum wr.wb. Innalillahi wa inna Ilaihi radjioen Tante Mi Saebu-Oekas is vandaag overrleden. Degenen die haar willen bezoeken zijn welkom vanaf 19.30 tot 20.30 uur in Barendrecht, Zwaalweg 10. Morgen zal er na sholat zuhr. het gebed djanazah plaatsvinden in de moskee Bait-al Rahmaan te Ridderkerk. Jullie zijn welkom vanaf 11.30 uur om hier aan mee te delenWassalam

Morgen is er ook bezoek mogelijk in de moskee vanaf 11.30 tot 13.00 uur

..............................................................................

Aan de leden van moslimgemeenschap Bait Al Rahman te Ridderkerk

Assalamu alaikum wr.wb.

Geachte broeder en zusters,

Hierbij wil de Religieuze Raad u van harte uitnodigen voor de volgende activiteiten;

"Barzanji / Lofdichten voor de Profeet Mohammad {vrede zij met hem)"

onder leiding van de heer Ust.Hi Jamal Bajuri

13.00 - 14.30 uur

De heer Bajuri is een imam van Javaans/Maleisische komaf en o.a. voor de Maleisische

ambassade. InsyaAllah zal imam bajuri elke tweede zaterdag van de maand de barzanji leiden.

Iedereen is welkom, mannen en vrouwen!

De religiuze Raad hooptu InshaAllah dan mogen begroeten

Wassalam

 

1 - Elke tweede zaterdag van de maand wordt een Barzanji (lofdichten voor de Profeet (vrede zij met hem) gehouden o.l.v. imam Jamal Bajuri.
2 - Elke derde zondag van de maand wordt door mannen en vrouwen gezamenlijk uit de Koran gelezen. Iedereen is hier van harte welkom, man en vrouw, jong en oud, beginners en gevorderden! 


BAHAGIAN PERTAMA

(1) BID’AH

[MAKNA BID’AH]

Soalan: Apakah makna Bid’ah dari segi Bahasa?

Jawapan: Di dalam kamus al Muhith dinyatakan:

اَلأَمْرُ الَّذِي يَكُونُ أَوَّلاً

“Sesuatu perkara yang menjadi pertama.”[72]

Di dalam Mukhtar al Shihah:

إِختِرَاعُهُ لاَ عَلَى مِثَالٍ

“Mengadakan sesuatu tidak menurut contoh.”[73]

Di dalam al Mu’tamad:

إِختِرَاعُهُ  وَ أَنشَائُهُ لاَ عَلَى مِثَالٍ

“Mengadakan dan menciptakan sesuatu tidak menurut contoh.”[74]

Di dalam al Munjid:

مَا اُحْدِثَ عَلَى غَيرِ مِثَالٍ سَابِقٍ

“Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.”[75]

Semua takrif ini membawa kepada makna bid’ah dari segi Bahasa iaitu:

“Sesuatu perkara yang baru yang diciptakan/ diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya”[76]

Soalan: Apakah makna Bid’ah dari segi Syara’?[77]

Jawapan: Perkara ini perlulah dirujuk kepada pendapat para Ulama’ Alim Quraisy, al Imam al Jalil, Imam asy Syafi’e mengatakan:

البِدْعَةُ بِدْعَتَانِ : مَحْمُودَةٌ وَمَذْمُومَةٌ فَمَا وَافَقَ السُّنَّةَ فَهُوَ مَحْمُودٌ وَمَا خَالَفَهَا فَهُوَ مَذْمُومٌ

“Bid’ah itu dua jenis: Bid’ah yang dipuji dan bid’ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.”[78]

Dalam riwayat lain, Imam asy Syafi’e mengatakan:

المُحْدَثَاتُ (من الأمور) ضَرْبَانِ مَا أُحدِثَ يُخُالِفُ كِتَاباً أَو سُنَّةً أَو أَثَاراً أَو اِجمَاعً فَهَذِهِ بِدْعَةٌ الضَّلاَلِ وَمَا أُحدثَ مِنَ الخَيرِ لاَ يُخَالِفُ شَيئًا مِن ذَلِكَ فَهِي مُحدَثَةٌ غَيرَ مَذْمُومَةٍ

“Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (Pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan al Quran atau Sunnah atau Athar Sahabat atau Ijma’, maka itulah Bid’ah Dhalalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid’ah yang bukan keji.”[79]

Melalui riwayat ini, Imam asy Syafi’e membahagikan Bid’ah kepada:

  1. Bid’ah Mahmudah (dipuji)/ Ghair Mazmumah(tidak dikeji)/ Hasanah (baik)[80]
  2. Bid’ah Mazmumah (dikeji)/ Dhalalah (sesat)

[BID’AH DHALALAH DAN BID’AH HASANAH]

Soalan: Adakah ada bid’ah Dhalalah dan Bid’ah Hasanah?

Jawapan: Ada, berdasarkan pembahagiannya oleh Imam Syafi’e di atas dan disokong oleh para A’immah yang lain.

Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam at Tirmizi dan Ibn Majah:

مِن حَدِيثِ كَثِيرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ المُزَانِي- وَفِيهِ ضَعْفٌ- عَنْ أَبِيه عَن جَدِّهِ عَنِ النَّبِي ص قَالَ: مَنِ اْبْتَدَعَ ضَلاَلَةً لاَ يَرْضَاهَا اللهُ وَلاَ رَسُولُهُ كَانَ عَلَيهِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ عَمَلَ بِهَا لاَ يَنْقُصَ ذَلِكَ مِن أَوزَارهِمْ شَيْئاً

“Daripada hadith Kathir bin Abdullah al Muzani –di dalamnya ada dha’if- dari ayahnya dari datuknya dari Nabi ص, Baginda ص  bersabda: Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid’ah Dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikitpun daripada dosa mereka itu.”[81]

Imam Nawawi berkata:

البِدعَةُ فِي الشَّرْعِ هِيَ إِحْدَاثُ مَا لَمْ يَكُنْ فِي عَهدِ رَسُولِ اللهِ وَهِيَ مُنْقَسِمَةٌ الَى حَسَنَةٍ وَقَبِيحَةٍ

“Bid’ah dari segi Syara’ ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah (buruk).”[82]

Imam Abd al Haqq ad Dahlawi berkata:

إِعلَم أَن كُلَّ مَا ظَهَرَ بَعدَ رَسُول الله بَدْعَةٌ وَكُلَّ مَا أَنْفَقَ أُصُولَ السًّنَّةِ وَقَوَاعِدَهاَ أَو قُبِسَ عَلَيهَا

“Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah adalah Bid’ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan usul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitu Bid’ah hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan usul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid’ah Sayyi’ah (keji) dan Dhalalah (sesat).”[83]

Al ‘Allamah al Faqih al Muhaqqiq, Habib Zain al ‘Abidin ibn Sumaith berkata di dalam kitabnya al Ajwibah al Ghaliyah fi Aqidah al Firqah an Najiah:

فَكُلُّ إِحسَانٍ لَم يُعهَدْ فِي العَهدِ النَّبَوِيِّ فَهُوَ بِدعَةٍ حَسَنَةٍ يُثَابُ عَلَيهَا عَامِلها بِدَلِيلِ قَوْلِهِ ص : ((مَن سَنَّ فِي الإِسلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِل بِهَا وَلاَ يَنقُصُ مِن أُجُورِهِم شَيءٌ))

“Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi, maka ia adalah Bid’ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukan dengan dalil perkataan dari Nabi. “Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu.”[84]

[HUJAH PEMBAHAGIAN BID’AH KEPADA DUA BAHAGIAN]

Soalan: Apakah hujah Imam Syafi’e dalam pembahagian Bid’ah tersebut?

Jawapan: Ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap banyak hadith yang berkaitan, antaranya:

مَن أُحْدِثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.”[85]

مَن سَنَّ فِي الإِسلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِل بِهَا وَلاَ يَنقُصُ مِن أُجُورِهِم شَيءٌ ومَن سَنَّ فِي الإِسلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً  فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ وِزْرِ مَن عَمِل بِهَا وَلاَ يَنقُصُ مِن أَزْوَرِهِم شَيءٌ

“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang buruk lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu”[86]

Hadith daripada Abd ar Rahman bin Abd al Qari tentang solat Tarawikh dimana beliau (Abdu ar Rahman) keluar bersama Sayyidina Umar bin al Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersedirian dan yang lain berjemaah. Sayyidina Umar mengatakan jika beliau mengumpul mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Beliau kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka’ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam, Sayyidina Umar berkata:

نِعْمَتِ البِدعَةُ هَذِهِ

“Ini adalah Bid’ah yang baik.”[87]

[PERAKUAN AL QURAN TENTANG BID’AH HASANAH]

Soalan: apakah ada dalam al Quran yang memperakui Bid’ah yang baik?

Jawapan: Ya. Imam at Thabari meriwayatkan di dalam kitab at Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al Bahili katanya:

“Sesungguhnya Allah ـ memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfarghukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawikh berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan, oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakannya. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu Bid’ah. Lantaran itu Allah ـ mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah ـ

وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوْهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَليهِم إلاَّ ابْتِغَاء رِضْوَانِ الله ِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا

“..dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya, Kami tidak mewajibkan atas mereka. (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah ـ , dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya..” [88]

Imam ad Darquthni mengatakan:

“Periwayatannya boleh diambil kira. Kefahaman yang dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat al Quran terbabit adalah sahih (betul). Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (Bani Israel) kerana mereka mengada-adakan hidup kependetaan. Ini kerana mereka mengada-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah ـ. Tetapi al Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnyaa cara kependetaan yang mereka ada-dakan. Ini menunjukkan Bid’ah yang baik disyariatkan (diperakui oleh Syara’) seperti yang jelas ketara melalui ayat ini.”[89]

 [ULAMA’ YANG MEMBAHAGIKAN BID’AH KEPADA BID’AH DHALALAH DAN BID’AH HASANAH SELAIN IMAM SYAFI’E]

Soalan: Siapakah Ulama’ lain yang membahagikan bid’ah kepada Bid’ah Dhalalah dan Bid’ah Hasanah selain Imam Syafi’e?

Jawapan: mereka adalah ramai di anataranya: (1) Imam Ibn Hajar al Haitami, (2) Qadhi Abu Bakar ibn al ‘Arabi, (3) Imam al Baihaqi, (4) Imam al Ghazali, (5) Ibn Hazm azh Zhahiri (456 H), (6) Ibn al Athir al Jazari, (7) Imam Abu Nu’aim[90], (8) Imam al Izz ibn Abd as Salam, (9) Imam Nawawi, (10) Ibn al Amir ash Shan’ani, (11) Ibn Hajar al Asqalani, (12) al Ubbi (pensyarah kitab Sahih Muslim), (13) Imam Shuyuti, (14) Ibn Rajab al Hanbali, (15) Ibn Taimiyyah, (16) Ibn al Jauzi, (17) asy Syaukani dan Ulama’ lain.

[KESEPKATAN ULAMA’]

Para Ulama’ telah bersepakat tentang pembahagian Bid’ah kepada yang terpuji dan tercela[91]. Sayyiduna Umar س adalah orang pertama yang mengatakan demikian.

Para Ulama’ juga bersepakat mengatakan hadith:

كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Setiap bid’ah itu sesat.”

Perlu dikhususkan.

Hanya Imam asy Syatibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid’ah sepertinini dan mendakwa bid’ah semuanya tercela.

Walau bagaimanapun Imam asy Syatibi mengakui ada di antara bid’ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya ‘bid’ah’ tetapi memasukkannya dalam kategori ‘Maslahah al Mursalah’ (kepentingan umum).

Justeru perbezaan pendapat belia hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau bid;ah yang dituntut tidak boleh dinamakan bid’ah, tetapi dinamakan ‘Maslahah’[92].

[PANDANGAN IMAM AL IZZ IBN ABD AS SALAM TERHADAP PEMBAHAGIAN BIAD’AH]

Soalan: Apakah pandangan Syeikh al Islam, Sultan al Ulama’, Imam al Izz ibn Abd as Salam terhadap pembahagian Bid’ah?

Jawapan: Beliau mengatakan:

البِدعَةُ فِعْلُ مَا لَم يُعْهَد فِي عَصْر رَسُولِ اللهِ وَهِيَ مُنْقَسِمَةٌ الَى بِدْعَةٍ وَاجِبَةٍوبِدْعَةٍ مُحَرَّمَةٍ وَ بِدْعَةٍ مَنْدُوبَةٍ وَ بِدْعَةٍ مَكْرُوهَةٍ وَ بِدْعَةٍ مُبَاحَةٍ

“Bid’ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah dan ia terbahagi kepada Bid’ah wajib, Bid’ah haram, Bid’ah mandub (sunat), Bid’ah makhruh dan Bid’ah harus.”[93]

Kemudian beliau menyambung:

فَإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد الإيجابِ فهِيَ واجِبَةً وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد التَّحرِيمِ فهِيَ  مُحَرَّمَةٌ وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد المَندُوبِ فهِيَ مَندُوبَةٍ وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد المَكْروهِ فهِيَ مَكْرُوهَةٌ وإِن دَخَلَت فِي قَوَاعِد المُبَاحِ فهِيَ مُبَاحَاةٌ

“Maka jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makhruh, maka ia makhruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia adalah harus.”[94]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, Maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, Maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Anfal 72).

Hijrah adalah momentum sejarah umat Islam yang luar biasa. Hijrah dalam Islam ada dua kali. Hijrah pertama, dilakukan oleh sebagian kaum muslimin ke arah selatan, ke Habasyah, untuk melarikan agama mereka dari fitnah kaum Quraisy. Mereka menuju Habasyah di Afrika, suatu negeri di bawah Raja Nasrani bernama Najasyi yang memberikan jaminan keamanan dan kebebasan beragama kepada umat Islam. Kaum muslimin menyelamatkan agama mereka dari rongrongan permurtadan yang dilakukan oleh kaum Quraisy. Allah SWT mengabadikan rongrongan pemurtadan itu dalam firman-Nya: “...mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran),...” (QS. Al Baqarah 217).

Allah SWT mengancam mereka yang memfitnahi kaum muslimin, yakni menindas mereka dan memaksa mereka agar kembali kepada kekufuran. Dia SWT berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cobaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan Kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. (QS. Al Buruuj 10)

Hijrah kedua kaum muslimin dilakukan secara keseluhan, yakni oleh seluruh kaum muslimin dan juga Rasulullah Mohammad saw. dari Mekkah ke kota Yatsrib, sekitar 440 km sebelah utara kota Mekkah. Berbeda dengan hijrah ke Habasyah yang hanya menyelamatkan agama Islam yang diyakini kaum muslimin, hijrah ke kota Yatsrib adalah untuk membangun kehidupan baru di kota Yatsrib yang diatas fondasi aqidah Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah saw. Kehidupan yang bebas dari tekanan kaum musyrikin Quraisy yang membawa undang-undang berdasarkan kepada nafsu, siapa yang kuat. ialah yang berkuasa, siapa yang lemah ia akan tidas dan menjadi mangsa kepada kaum yang kuat, Kehidupan yang ditopang oleh Kaum Anshar yang berkuasa atas kota Yatsrib dan yang telah menyerahkan otoritis kota tersebut kepada Baginda Rasulullah Mohammad saw. dalam Bai’ah Aqabah kedua. Mereka meminta Rasulullah Mohammad saw. Hijrah ke kota mereka untuk memimpin secara keseluruhannya, dan membuat perubahan secara total.

Setelah hijrah, Rasulullah Mohammad saw. segera membangun Masjid Nabawi sebagai pusat kegiatan umat Islam, pusat pemerintahan, dan pusat peradaban Islam yang diturunkan dari langit ke bumi melalui wahyu yang diterima oleh Rasulullah Mohammad saw. dalam Al Quran dan Sunnah. Yatsrib pun berubah nama menjadi Madinatur Rasul atau al Madinah al Munawwarah (Kota Nabi Mohammad saw. yang bercahaya) atau biasa dikenal dengan nama Madinah.

Di Madinah inilah Rasulullah Mohammad saw. bersama umat Islam, baik dari kalangan Anshar (penduduk tempatan penolong agama Allah) maupun Muhajirin (Kaum muslimin yang hijrah dari kota Makkah ke Madinah) beserta kaum lain yang mengikuti mereka membangun kehidupan Islami. Dasar kehidupan mereka adalah aqidah Islam. perbuatan mereka adalah halal dan haramnya Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan makna kebahagian yang mereka mencari adalah “cari keridha'an Allah SWT”.

Di Madinah inilah umat Islam memegang keamanan kota. Dan di kota inilah hukum syariat Islam diturunkan oleh Allah SWT dan dipratikan oleh Rasulullah Mohammad saw. bersama umat Islam. Selain menjadi Imam para mujahidin di medan jihad, beliau memimpin kota dan daerah-daerah yang tunduk kepada kota Madinah, memimpin sholat berjamaah, membacakan Al Quran, dan mengajak umat manusia kepada Islam, serta menyelesaikan berbagai problem maupun perselisihan dengan syariat Islam yang diturunkan kepada beliau saw. Di Madinah-lah beliau saw. Melaksanakan firman Allah SWT, "dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah..."(QS. Al Maidah 49). Mereka dalam ayat tersebut adalah para pemimpin Yahudi yang minta diadili perkara mereka. Ini memberikan pengertian bahwa dengan status Rasulullah Mohammad saw. sebagai pemegang otoritis atas kota Madinah, beliau boleh melaksanakan syariat islam kepada orang non-Muslim.

Di kota Madinah inilah Rasulullah Mohammad saw. Dan para sahabat membangun negara baru yang mandiri dan bermartabat, “Darul Muhajirin”. Rasulullah Mohammad saw. berpesan kepada setiap pasukan yang beliau kirim : “jika kalian menjumpai kaum musyrikin, maka serulah mereka kepada Islam. Kalau mereka menerima Islam, terimalah iman mereka dan janganlah menyerang mereka. Lalu ajaklah mereka untuk mengubah sistem negara mereka kepada sistem negara Kaum Muhajirin”.

Para fuqoha menta’rifkan hijrah dengan “keluar dari darul kufur (kota Mekkah yang dikuasai kaum kafir Quraisy) ke darul Islam (kota Madinah yang diukuasai kaum muslimin). Oleh karena itu, tatkala kota Mekkah dibebaskan oleh Rasulullah saw. bersama 10 ribu pasukan mujahidin dari Madinah pada tahun 8H, maka Rasulullah Mohammad saw. menyatakan tidak ada hijrah setelah pembebasan kota Mekkah. Sebab, Mekkah sudah menjadi bagian dari Darul Muhajirin yang dipimpin oleh Rasulullah Mohammad saw. Maka pindah dari kota Mekkah ke kota Mdinah tidak dikatakan lagi sebagai hijrah.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَجِيبُواْ لِلّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُم لِمَا يُحْيِيكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu.” (QS. Al-Anfaal: 24)

Redaksi